
Sulur Paut
Sulur paut merupakan contoh struktur
sokongan bagi tumbuhan.
Sulur paut mungkin tangkai yang dikhususkan atau pucuk daun yang
telah diubahsuai untuk mencangkuk atau melilit sokongan yang
disentuhnya. Sokongan tumbuhan
menggunakan sulur paut mungkin batang tumbuhan
lain, galah ataupun sebuah tembok. Penggunaan sulur adalah cara yang
berkesan bagi tumbuhan untuk memanjat mencari sinar cahaya matahari.
Contoh tumbuhan
menggunakan sulur paut termasuk labu, kacang pea dan timun.
Sekira knol ini memanfaatkan anda,
sila tekan Like dan Kongsikannya. Terima kasih.