|
Itulah nama yang diberikan
kepada bendera Malaysia. Bendera Malaysia terdiri daripada segiempat bujur biru,
bulan sabit kuning, bintang pecah 14 kuning dan 14 garis atau jalur berwarna
putih dan merah. Simbol dan makna bahagian-bahagian bendera Malaysia ditunjukkan
di bawah:
| Simbol |
Makna |
| segiempat bujur
biru |
perpaduan antara kaum |
| bulan sabit kuning
 |
agama rasmi Malaysia iaitu agama Islam |
| bintang pecah 14
 |
perpaduan antara kesemua negeri dan kerajaan persekutuan |
| jalur |
status / kedudukan yang sama bagi ketiga belas negeri dan
kerajaan persekutuan |
| merah |
keberanian, kegagahan |
| putih |
kesucian |
| kuning |
warna kerabat diraja |
Nama "Jalur Gemilang" telah diajukan oleh Perdana
Menteri Malaysia keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada Hari
Kemerdekaan negara Malaysia yang ke40.
|