
eWTP
Dalam Bahasa Inggeris, eWTP
bermaksud Electronic World Trade Platform yang boleh diterjemahkan
sebagai Platform Perdagangan Dunia Elektronik. eWTP diilhamkan oleh
Jack Ma, pengasas Kumpulan Alibaba dan Penasihat Ekonomi Digital
kepada Kerajaan Malaysia. eWTP merupakan visi (wawasan) Jack
Ma "untuk mencipta sebuah platform berasaskan internet yang
dapat membantu dan mendorong perniagaan-perniagaan kecil ke
ekonomi dunia". Menurut lembaran fakta Kumpulan Alibaba,
✌
eWTP akan membantu perniagaan-perniagaan / industri kecil dan
sederhana untuk mengatasi penguatkuasaan, proses-proses dan
halangan yang rumit yang menghalang mereka daripada menyertai
perdagangan antarabangsa dan
✌ eWTP tidak didirikan dengan
hasrat untuk mengambil tempat Pertubuhan Perdagangan
Dunia (WTO - World Trade Organization), akan tetapi
saling melengkapinya.
eWTP
pertama di luar negeri China ialah
Zon Perdagangan Bebas Digital
Malaysia.
Baca
juga mengenai Initiatif
Satu Jalur Satu Laluan yang diilhamkan oleh Presiden
Negeri China Xi Jinping.
Sekira knol ini memanfaatkan anda,
sila tekan Like dan Kongsikannya. Terima kasih.