Aswara ialah
singkatan bagi Akademi Seni Budaya dan Warisan
Kebangsaan. Seperti yang dihuraikan oleh namanya,
Aswara merupakan institusi yang menawarkan
kursus-kursus dalam seni budaya dan warisan.
Kursus-kursus tersebut merangkumi bidang tari,
muzik, filem dan video, penulisan, seni halus dan
teater. Tambahan pula, ia merupakan sebuah pusat
penyelidikan. Laporan suratkabar pada bulan
Disember 2009 menyatakan bahawa Aswara akan
mengawas persembahan tarian-tarian tradisional.