|
Udara Udara di sekeliling kita terdiri daripada campuran
gas-gas.
| Gas |
Peratus (%) |
| Nitrogen |
78 |
| Oksigen |
21 |
| Karbon dioxida |
0.03 |
| Gas-gas nadir |
< 0.5 |
| Wap air |
berubah-ubah |
| Habuk |
berubah-ubah |
| mikroorganisma |
berubah-ubah |
Udara ialah campuran kerana
komponen- komponennya (seperti nitrogen, oksigen dan
karbon dioksida) bergabung secara fizikal dan pada kadar yang tidak tetap.
Sebagai contoh, udara yang dinafaskan mengandungi 0.03% karbon dioksida dan 21%
oksigen. Udara yang dihembus keluar pula mengandungi lebih kurang 4% karbon
dioxida dan 17% oksigen. Ini menunjukkan bahawa kandungan udara adalah tidak
tetap - bergantung kepada tempat dan masa. Justeru itu, udara merupakan satu
campuran.
|