Aloi
合金hé jīn
Aloi atau
pancalogam merupakan suatu campuran. Salah satu daripada
juzuk aloi ialah logam. Dua atau lebih unsur dengan
komposisi yang tetap dicampurkan dalam proses khas untuk
membuat aloi. Hasil campuran ini lazimnya lebih kuat
daripada juzuk-juzuknya. Aloi tidak mudah diasingkan secara
fizikal kepada juzuk-juzuknya. Klik
di sini untuk melihat contoh-contoh
aloi.
Selain daripada kekuatannya, kebanyakan aloi mempunyai
kelebihan-kelebihan berikut:
o tahan hakisan
o lebih keras daripada logam juzuknya
o lebih cantik
Atom-atom
bahan asing memenuhi ruang-ruang antara atom-atom logam
asli. Ini mengganggu susunan atom-atom logam yang tersusun
dan teratur. Hasilnya, lapisan-lapisan atom-atom logam
tidak dapat menggelongsor di atas satu lain. Ini
menjadikan aloi sukar untuk dibengkokkan, ditarik atau
dinyahbentukkan.
Klik
di sini untuk melihat contoh-contoh
aloi.
Sekira knol ini memanfaatkan anda, sila tekan Like dan
Kongsikannya. Terima kasih.