Sungai Huanghe
黄河 huáng hé
Sungai Huanghe
juga dikenali "kedukaan negara China". Ini kerana
ramai yang telah hilang nyawa dalam banjir yang
berlaku akibat sungai melimpah. Akan tetapi, Sungai
Huanghe memberi di samping mengambil. Sungai Huanghe
senentiasa mencipta tanah dengan kelodak atau lanar
yang dibawanya. Kelodak
inilah yang memberikan warna dan juga nama
sungai ini. Sungai Huanghe juga merupakan sumber
pendapatan ramai penduduk China yang bergantung
kepada "ibu sungai" mereka.
Kuantiti purata kelodak / lanar sungai ini adalah 37
kg per
meter padu air.
Tetapi lebih penting daripada itu, kelodak yang
dibawa Sungai Huanghe adalah sebab utama wujudnya
lembah Huanghe yang menjadi tempat bermulanya
tamadun China.
Punca: Banjaran gunung Bayankala di dataran
Qinghai-Tibet Plateau
Muara: Laut Bohai
Panjang: lebih daripada 5,400 km

Klik
/ Sentuh DI SINI atau pada gambar di atas
untuk melihat lebih banyak gambar-gambar Sungai
Huanghe
1
2
➩
Baca juga: tempat bermulanya tamadun China
Sekira knol ini memanfaatkan anda, sila tekan Like dan
Kongsikannya. Terima kasih.