
Basikal

Perkataan
"Bicycle" (Basikal) dalam Bahasa Inggeris berasal daripada dua
bahagian iaitu: "bi" yang bermaksud dua dan "cycle" yang bermaksud
bulatan.
Basikal merupakan kenderaan ringan beroda dua. Satu roda berada di
depan roda yang satu lagi. Tempat duduk lazimnya terletak di antara
dua roda tersebut walaupun kini terdapat basikal-basikal yang tempat
duduknya terletak di bahagian atas roda belakang. Satu bar hendal
yang dipasang di depan basikal digunakan untuk mengawal atau
mengemudi kendaraan ini. Basikal dikayuh dengan kaki. Pasangan pedal
atau pengayuh memutarkan roda. Ini dicapai dengan penggunaan gear
(roda bergigi).
Tenaga kimia orang yang mengayuh
diubah kepada tenaga kinetik
basikal. Oleh kerana basikal adalah endah alam sekitar (iaitu tidak
mencemarkan alam sekitar), banyak bandaraya di dunia meminati
menjadikan basikal sebagai pilihan mod pengangkutan yang bijak.
Perhatian: Kenderaan ringan satu roda dikenali sebagai ekasikal dan
kendaraan ringan roda tiga dipanggil trisikal atau basikal roda
tiga.
Sekira knol ini memanfaatkan anda,
sila tekan Like dan Kongsikannya. Terima kasih.