Sekira knol ini memanfaatkan anda, sila tekan Like dan
Kongsikannya. Terima kasih.
Qu Yuan
Pada
suatu masa dahulu - lebih kurang 2,300 tahun dahulu - di
Wilayah Chu di negeri Cina, hidup seorang
pensyair dan negarawan terkenal bernama Qu Yuan.
Malangnya Qu Yuan dituduh menderhaka dan dibuang
negeri. Semasa hidup dalam buangan, tentera Qin
menyerang Wilayah Chu. Apabila Qu Yuan mendapat berita
yang menghibakan, beliau sedih dan murung. Pada hari
ke-5, bulan qamari ke-5, beliau meninggal dunia. Ramai
yang berpendapat bahawa beliau mati lemas dalam Sungai
Milou di Hunan.
Sebagai tanda penghormatan kepadanya, ladu nasi yang
dibalut dengan daun buluh dan / atau daun teratai
dibaling ke dalam sungai untuk menghalang ikan
daripada makan tubuh badan Qu Yuan. Kegiatan ini
melahirkan perayaan Duanwu
端午 duān wǔ yang juga
dikenali sebagai Perayaan Perahu Naga atau / dan
Perayaan Ladu Nasi. Perayaan ini jatuh pada hari ke-5,
bulan qamari ke-5 dan dirayakan di negeri Cina dan
negara-negara jirannya.
Baca mengenai Duanwu
端午 duān wǔ di sini.